headerblog

Zikraa Al-Isra' Wal Mi'raj II

Wednesday 30 July 2008




سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
الإسراء: 1.

Sesungguhnya Masjid Aqsa adalah kiblat pertama bagi umat islam..Dibina atas bumi yg berkat, bumi para nabi, tempat turunnya risalah-risalah, bumi jihad & ribath hingga hari kiamat. Masjid Aqsa adalah pintu langit, tempat perhimpunan para rasul yg mengadakan muktamar terbesar di situ dgn pimpinan Nabi SAW pada malam Isra' Mi'raj dimana berlakunya perjanjian yg meneguhkan kesetiaan para nabi dan rasul dgn janji yg di perintahkan oleh Allah pada firmannya :

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آَتَيْتُكُمْ مِنْ كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنْصُرُنَّهُ قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَى ذَلِكُمْ إِصْرِي قَالُوا أَقْرَرْنَا قَالَ فَاشْهَدُوا وَأَنَا مَعَكُمْ مِنَ الشَّاهِدِين
آل عمران: 81


Peristiwa Isra' memberi kita hak di bumi Palestin

Telah tetap pada ilmu Allah bahawa pertembungan sekitar tanah suci ini akan terus berlaku dan setiap umat akan mendakwa bahawa tanah itu adalah milik mereka. Perkara itu menjadi satu aqidah dlm agama mereka kerana nabi mereka telah menjejakkan kaki mereka di atas tanah tersebut. Sejarah telah menyaksikan dan menunjukkan kebenaran perkara ini. Tidakkah engkau melihat kpd perang salib yg berkali-kali berlaku disitu untuk kembali ke perkampungan yg menyaksikan kelahiran Nabi Isa AS?.Tidakkah engkau melihat kehadiran puak-puak Zionis untuk mendirikan negara mereka di sekitar Haikal Sulaiman yg mereka dakwa? sedangkan umat Islam seluruhnya dan arab khususnya adalah empunya tanah ini, dan tidak ada hak terhadap tanah tersebut bagi seorang pun selain daripada mereka.



Ketuanan dunia

Sesungguhnya ketika Nabi SAW menjadi imam bagi semua para Nabi di AlQuds pada malam Isra' Mi'raj, itu menunjukkan bahawa kepimpinan diserahkan kepada umat ini. Ia juga menunujukkan bahawa sekiranya Para Anbiya' Yahudi dan Kristian telah mengikut Nabi SAW dan solat di belakangnya, maka seharusnya pengikut para Anbiya' tersebut (sekiranya mereka benar di dalam Iman & ikutan mereka terhadap Nabi2 mereka) mengikuti Rasulullah SAW dan menjadikan baginda sebagai Imam mereka.
.
Kita yakin bahawa dunia tidak akan mengenali ketenangan dan keamanan selagi mana Palestin tidak kembali ke tangan pemilik-pemiliknya dan selagi mana kepimpinan dunia berada pada tangan mereka yg tidak berperi kemanusiaan & tidak berakhlak serta tidak akan berusaha kecuali untuk maslahat dirinya sendiri. Sedikit sahaja dikalangan mereka yg berkhidmat untuk umatnya walaupun membawa kemarahan umat2 lain.

Simpanan ke Akhirat

Monday 28 July 2008

[sila klik gambar untuk paparan lebih jelas]

  • Marilah kita sama-sama nilai semula bagaimana kita menghabiskan masa kita selama ini.
  • Adakah kita telah menghabiskan ke arah yang menguntungkan dunia dan akhirat ...atau sekadar dunia ataupun dunia pun tiada..
  • Bagaimana agaknya dengan peti khazanah kita yer?

Zikraa Al-Isra' Wal Mi'raj

Saturday 26 July 2008


Berkata Abdullah Bin Umar:

((Baitul Maqdis telah dibina oleh Nabi-Nabi, dan telah dimakmurkan oleh Nabi-Nabi, tiada sejengkal daripada kawasan tersebut melainkan di sana para malaikat pernah sujud atau berdiri padanya))

Baitul Maqdis merupakan tanah suci miliik umat Islam. Allah telah merakamkan keberkatan kawasan tersebut dalam Al-Quran ketika Rasulullah telah diperjalankan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem, Palestin dalam Surah Al-Isra’ ayat 1. Dan, dari sanalah Nabi s.a.w diangkat ke langit.

Apakah kepentingan peristiwa ini? Dan apakah iktibar yang dapat diambil darinya?

  1. Perpindahan pemerintahan manusia

Bani Israel telah memerintah selama lebih daripada 1000 tahun, tetapi dengan kekuasaan yang diberi oleh Allah, mereka semakin lama semakin melampaui batas serta menyeleweng dari agama Islam dan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Bahkan, mereka telah membunuh Nabi-Nabi yang diutuskan kepada mereka. Maka, umat Nabi Muhammad s.a.w sahajalah yang layak untuk mengambil alih tampuk pemerintahan dari mereka kerana umat ini akan memenuhkan muka bumi dengan keadilan.

  1. Palestin markaz pertarungan

Apabila bertukar tampuk pemerintahan, daripada kejahatan kepada kebaikan, maka semestinya akan sentiasa berlaku pertarungan antara yang haq dari segolongan umat Islam dan yang batil dari Bani Israel.


  1. Kekuatan mutlak serta pemerintahan yang berkuasa

Kaum kafir menyangka bahawa mereka mempunyai segala kelengkapan dan kekuatan. Tetapi, kita sebagai orang Islam seharusnya langsung tidak tergugat dengan dakwaan mereka. Ingatlah ketika malam Mi’raj, di mana Allah telah memperlihatkan kekuasaanNya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Dan umat ini, jikalau mereka berhukum dengan syariat sepertimana terdapat dalam manhajNya, sudah tentulah Allah sentiasa berada di sisi mereka, selama mana mereka berpegang teguh dengannya.


Dia Yang Ku Rindu

Thursday 17 July 2008

Rindu itu adalah…
Anugerah dari Allah..
Insan yang berhati nurani..
Punyai rasa rindu…

Begitulah bunyi lirik nyanyian lagu kumpulan popular di malaysia, Hijjaz. Rindu-rinduan. Kepada siapa agaknya ye patut kita tujukan rindu hati ini? Kepada kekasih ke? Kepada teman ke? Kepada isteri ke? Ermm..Sebagai seorang Muslim, eloklah rindu itu ditujukan kepada kekasih Allah.. siapa lagi kalau bukan junjungan besar Muhammad SAW. Masalahnya, macam mana nak tunjukkan yang kita ni rindu kepada Baginda? Mungkin jawapan yg paling praktikal dan paling mudah adalah dengan berselawat kepada baginda. Senang je nak selawat.. Kat bawah ni ada beberapa kepentingan kita berselawat ke atas nabi.

Mengenal dan mencinta [Solawat dan salam]


Salam kepada semua.

“ Ya Tuhanku, tambahkan padaku ilmu pengetahuan agar hatiku menyanjung kebenaran dan meruntun kebatilan” amen.

InsyaAllah kali ini kita akan sama2 menghayati bagaimana yang dikatakan solawat dan salam yang sempurna.

Berdasarkan ayat 56, surah al-Ahzab, terjemahannya,
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bersolawat kepada nabi. Wahai orang2 yang beriman, bersolawatlah kalian ke atasnya ucapkanlah salam.”

Para ahli tafsir meriwayatkan bahawa sejumlah sahabat datang kepada Nabi saw, dan bertanya,

“Ya rasulullah, kami tahu bagaimana cara mengucapkan salam kepadamu, tetapi kami tidak tahu bagaimana mengucapkan solawat kepadamu.”

Kemudian rasulullah menjawab,
“Katakanlah, ya Allah kirimlah solawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Kau kirimkan solawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim di alam semesta.Sesungguhnya Kau Maha Terpuji dan Maha Agung.” “Dan jangan kalian ucapkan solawat kepadaku dengan solawat yang terputus.”

Sahabat bertanya, “ Ya Rasulullah, apakah solawat yang terputus?”

Baginda menjawab, “Kalian mengucapkan solawat pada Muhammad,namun setelah itu kalian diam.Sesungguhnya Allah itu Maha Sempurna dan tidak menerima melainkan yang sempurna jua.”

Setelah itu, para sahabat dan generasi berikutnya tahu bagaimana mengucapkan solawat kepada Rasulullah saw secara sempurna. Imam Syafie pernah berkata dalam sebuah syairnya,


Wahai keluarga rasulullah
Mencintai kalian adalah fardhu dari Allah
di dalam al-Quran yang diturunkanNya
Sudah cukup suatu keagungan bagi kalian
siapa yang tidak bersolawat kepada kalian
maka tiada akan sah sembahyangnya.


١للهم صل على محمد وآل محمد

||amin||

SpaceShip Troopers : Heart Version



Cukuplah Kelalaian

"Kenapa tidak kita..?" Satu persoalan, seribu jawapan. Yang mahu kejayaan, dijawab dengan seribu daya, tetapi tidak bagi mereka yang tak pernah memikirkan bahawa mereka mampu untuk mengatasinya, maka seribu alasanlah diberinya. Kenapa mereka berubah? Bagaimana mereka mampu berubah? "Ohh..Tu semua Hidayah Allah..", tak kurang juga yang memberi alasan "Mereka tu dari kecil lagi dijaga, sebab tu la sampai besar mereka masih mengekalkan kebaikan yang dipupuk dari kecil". "Apalah yang ada pada aku ni, dosa punya la bertimbun, amal pun boleh dibilang dengan jari je..Allah terima ke kalau aku berubah?". Yang lebih dahsyat lagi, "Rilek la, kita kan masih muda lagi...tua-tua nanti, bawak la bertaubat..kasi enjoy dulu~.." Mana satu jawapan kita? Mentaliti muda, metarialistik menguasai, hawa nafsu mendominasi.


Kalau berbicara tentang dalil dalam Al-Quran dan As-Sunnah, mudah, tapi setakat mana keyakinan kita pada Allah dengan janji-janjiNya. Kita percaya kebenaranNya, tetapi inilah masalah kita, sangat-sangat mengharap rahmat keampunanNya, tetapi, sudah ditahap manakah amal yang kita persembahkan kepadaNya?. Ketahuilah bahawa kepatuhan dan istiqamah pada syariat Allah semata-mata, adalah satu-satunya jalan untuk berpegang teguh dengan Deen ini..

Kenapa tidak seperti mereka?. Mereka berlumba-lumba pergi ke masjid mendapatkan solat pada saf pertama, tetapi kita berkejaran ke padang supaya tidak terlepas walau sedikit aksi hebat pemainnya. Mereka, bergegas ke majlis ilmu, di kala kita berjalan tanpa tujuan di pasar-pasar. Di sepertiga malam terakhir, mereka bersengkang mata menghadapNya di kala kita berterusan siang malam bergelumang dengan maksiat kepadaNya. Mereka menjauhi dosa-dosa kecil, tetapi sebaliknya kita, berterusan dengan dosa yang dianggap remeh, bahkan berbangga dengan dosa besar yang dilakukan. Siapakah mereka..?malaikat..? dan siapa pula kita? syaitan..?



Fikir-fikirkanlah, yang mana kita lebih dekat antara kedua makhluk ciptaanNya. Kita sendiri yang berhak memilih. Ikutlah kata nafsu untuk menjejak langkah-langkah syaitan, atau, turutilah kata iman untuk menyusuri jalan yang telah ditunjukkan oleh pesuruhNya.


||IzaM||