headerblog

Dia Yang Ku Rindu

Thursday 17 July 2008

Rindu itu adalah…
Anugerah dari Allah..
Insan yang berhati nurani..
Punyai rasa rindu…

Begitulah bunyi lirik nyanyian lagu kumpulan popular di malaysia, Hijjaz. Rindu-rinduan. Kepada siapa agaknya ye patut kita tujukan rindu hati ini? Kepada kekasih ke? Kepada teman ke? Kepada isteri ke? Ermm..Sebagai seorang Muslim, eloklah rindu itu ditujukan kepada kekasih Allah.. siapa lagi kalau bukan junjungan besar Muhammad SAW. Masalahnya, macam mana nak tunjukkan yang kita ni rindu kepada Baginda? Mungkin jawapan yg paling praktikal dan paling mudah adalah dengan berselawat kepada baginda. Senang je nak selawat.. Kat bawah ni ada beberapa kepentingan kita berselawat ke atas nabi.

Mengenal dan mencinta [Solawat dan salam]


Salam kepada semua.

“ Ya Tuhanku, tambahkan padaku ilmu pengetahuan agar hatiku menyanjung kebenaran dan meruntun kebatilan” amen.

InsyaAllah kali ini kita akan sama2 menghayati bagaimana yang dikatakan solawat dan salam yang sempurna.

Berdasarkan ayat 56, surah al-Ahzab, terjemahannya,
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bersolawat kepada nabi. Wahai orang2 yang beriman, bersolawatlah kalian ke atasnya ucapkanlah salam.”

Para ahli tafsir meriwayatkan bahawa sejumlah sahabat datang kepada Nabi saw, dan bertanya,

“Ya rasulullah, kami tahu bagaimana cara mengucapkan salam kepadamu, tetapi kami tidak tahu bagaimana mengucapkan solawat kepadamu.”

Kemudian rasulullah menjawab,
“Katakanlah, ya Allah kirimlah solawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Kau kirimkan solawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim di alam semesta.Sesungguhnya Kau Maha Terpuji dan Maha Agung.” “Dan jangan kalian ucapkan solawat kepadaku dengan solawat yang terputus.”

Sahabat bertanya, “ Ya Rasulullah, apakah solawat yang terputus?”

Baginda menjawab, “Kalian mengucapkan solawat pada Muhammad,namun setelah itu kalian diam.Sesungguhnya Allah itu Maha Sempurna dan tidak menerima melainkan yang sempurna jua.”

Setelah itu, para sahabat dan generasi berikutnya tahu bagaimana mengucapkan solawat kepada Rasulullah saw secara sempurna. Imam Syafie pernah berkata dalam sebuah syairnya,


Wahai keluarga rasulullah
Mencintai kalian adalah fardhu dari Allah
di dalam al-Quran yang diturunkanNya
Sudah cukup suatu keagungan bagi kalian
siapa yang tidak bersolawat kepada kalian
maka tiada akan sah sembahyangnya.


١للهم صل على محمد وآل محمد

||amin||

0 comments: