headerblog

Konsep Akhlak Mulia

Tuesday 21 April 2009

Bismillah dan salam. Kali ini kita akan membicarakan tentang konsep akhlak mulia. Menurut penceramah terkenal Amru Kholid, bab akhlak adalah bab yang amat luas. Banyak buku-buku karangan beliau yang berkaitan dengan akhlak yang menarik seperti yang terdapat di pasaran sekarang. Ini adalah selari dengan konsep akhlak itu sendiri yang meliputi seluruh kehidupan seorang muslim dari bangkit dari tidur sehinggalah kita tidur kembali.

Akhlak mulia bukanlah sekadar pengetahuan terhadap perbuatan-perbuatan yang manis. Ilmu pengetahuan banyak membincangkannya namun tidak ada kemampuan untuk melakukannya.


Akhlak mulia juga bukan sekadar kemampuan untuk melakukan perbuatan yang manis, kerana kadang-kadang kemampuan itu ada, namun perbuatan itu tidak dilakukan.Malah, akhlak mulia bukanlah sekadar perlakuan baik, boleh jadi seseorang itu pemurah namun tidak mampu bersedekah lantaran tidak berharta. Boleh jadi akhlaknya bakhil tetapi dia bersedekah dengan niat menunjuk-nunjuk, riak dan terpaksa.

Seorang ilmuan Islam pernah ditanya, adakah beliau membaca buku “Akhlak Jiwa” karangan Aristotle. Beliau pun menjawab bahawa beliau membaca “Akhlak Jiwa” karangan Muhammad Bin Abdullah. Ini kerana ramai ahli falsafah yang berpenat lelah cuba berkhayal dan mengada-adakan beberapa bentuk gambaran. Ada yang sempurna dan ada yang kurang. Namun hakikatnya, kita lebih jelas dan sempurna dalam kisah hidup seorang lelaki. Ia menjadi adab umat dan syiar agama yang agung. Di kalangan para sahabat, Rasulullah menjadi contoh agung dalam sudut akhlak. Itulah akhlak Islamiah yang telah ditunjukkan oleh baginda untuk menjadi ikutan kita semua. InsyaAllah..



Akhlak menurut bahasa :
Menurut bahasa Arab bermaksud tabiat dan pembawaan. Boleh juga ditakrifkan sebagai himpunan konsep dan sifat yang mantap dalam jiwa.


Akhlak menurut istilah Islam :
Himpunan prinsip dan nilai yang mengatur perlakuan manusia yang digariskan oleh wahyu dan diletakkan disiplin-disiplin demi menjayakan matlamat kewujudan manusia di muka bumi. (kitab Fiqh ad-Dakwah Ila Allah)

Menurut Imam Ghazali dalam ungkapan indahnya akhlak :
Situasi yang mantap dalam jiwa. Melaluinya, perbuatan dan tindakan terbit dengan mudah dan senang tanpa perlu berfikir dan merenung.
(Ihya Ulumuddin)

Situasi mantap diumpamakan seperti begini :
Seseorang yang menunaikan nazar atau dalam keperluan mendesak. Iaitu perbuatan yang bukannya lahir dari akhlak pemurah. Kerana perbuatan itu masih tidak mantap dalam jiwanya.

Beliau juga mensyaratkan perbuatan yang lahir itu lahir dengan mudah dan tanpa perlu berfikir. Sebagai contoh, jika seseorang itu bersedekah dengan sukar dan berfikir dahulu, dia tidak dikatakan sebagai akhlak pemurah.

Rukun akhlak mulia : (kitab Al-Ihya)



1. Kemantapan ilmu.

Melalui ilmu, kita dapat mengetahui antara yang benar dan salah. Ia adalah hikmah (kebijaksanaan). Melampau dalam penggunaan ilmu untuk tujuan jahat adalah keji. Manakala dangkal dalam ilmu adalah dungu. Pertengahan antara melampau dan dangkal adalah hikmah. Ilmu juga menjadikan seseorang dapat melihat yang baik adalah baik, dan yang buruk adalah buruk.


2. Keberanian.

Kekuatan marah yang mampu dikendalikan akal ketika ia muncul dan sempurna. Jika kekuatan marah yang terkeluar dari landasan pertengahan (keadilan) dan berlebihan dinamakan membuta tuli. Jika kemarahan menjangkau kelemahan dan kekurangan dinamakan pengecut dan bacul. Kemarahan dapat membantu seseorang mementingkan nila-nilai akhlak, bermaruah, mampu menahan kemarahan dan berlemah lembut.


3. Kesucian.

Yang dimaksudkan adalah kemampuan mendidik kekuatan nafsu melalui didikan logic dan syarak. Jika nafsu cenderung kepada berlebihan akan menjadi buruk, namun sekiranya cenderung kepada pengurangan, ia akan menjadi jumud dan lemah. Kesucian membantu kita dalam menjauhi perkara yang keji. Ia turut menanamkan sifat malu yang menjadi punca semua kebaikan.


4. Adil.

Dimaksudkan disini adalah kekuatan jiwa yang mampu menguasai diri ketika marah dan bernafsu serta membawa kedua-duanya kepada tuntutan hikmah.Tiada aspek berlebihan dalam sifat adil. Ia membawa seseorang itu berakhlak tenang dan sederhana.



Semoga kita dapat memanfaatkan pengetahuan kita dalam bab akhlak yang kita kongsi pada kali ini. Syukran, wassalam.

100 Idea/Cadangan Baru Untuk Menolong Gaza

Sunday 25 January 2009

100 Idea Baru Untuk Kemenangan Gaza

Kenapa kita perlu patuh pada perintah Allah?

Monday 19 January 2009



"…Untuk inilah Islam datang melalui Nabi Muhammad s.a.w. seperti ia datang melalui para melalui para Rasul sebelum baginda.

Ia datang untuk membawa umat manusia patuh kepada kekuasaan dan pemerintahan Allah sepertimana seluruh alam ini berjalan mengikut landasan peraturan Allah.











OLEH SEBAB MANUSIA ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA ALAM INI MAKA MANUSIA JUGA PUN MESTI PATUH KEPADA PERATURAN ILAHI…"

-Syed Qutb dalam Petunjuk Sepanjang Jalan(Maalim Fit Tariq)-




Tuhan Melontarkan Peluru-Peluru Itu Ke Hati Kita

Friday 9 January 2009

27 Desember lalu bermula suatu malapetaka bagi Muslimin seluruhnya,

Gaza diserang habis-habisan oleh tentera Israel,



Kita boleh lihat sendiri di setiap akhbar kupasan berita ini ialah wajib,

Dan seluruh Muslimin yang selama ini semacam leka dan lupa akan nasib mereka,




Diserang habis-habisan jiwa mereka oleh peluru dan bom Israel itu,

Letupan di sana-sini, Kucar-kacir,




Semua Muslim meledak dan meletus, marah..

Syukur...


Apabila letupan itu senyap nanti, Jangan Kegusaran kita pun senyap,

Apabila darah-darah itu kering nanti, Jangan semangat kita pun kering,



Apabila Gaza itu aman nanti, Jangan kita berasa aman,

Malapetaka ialah peringatan...

Untuk menyedarkan kita agar sentiasa ingat...

Adakah kita sensitif?

Sunday 9 November 2008

Mari bersama kita bayangkan sejenak… barang seminit…


Apakah reaksi kita apabila ada seseorang masuk ke bilik anda.. dia menolak semua buku yang berada di rak buku kita… dia menarik cadar dan menyimbah cat ke atas tilam kita..

Cuba kita bayangkan… apakah perasaan kita pada waktu itu?

Marah? Bengang? Tak puas hati? Atau biasa-biasa sahaja?



Cuba kita bayangkan jika kawan serumah kita pada waktu itu diperlakukan begitu…

Cuba kita bayangkan… apakah perasaan kita pada waktu itu?

Marah? Bengang? Tak puas hati? Atau biasa-biasa sahaja?



Andai mereka ini, yang ditembak, yang disembelih, yang diacukan kepalanya senapang, yang dipijak dll ialah adik kita, kakak atau abang kita, ibu atau ayah kita.. apakah perasaan anda?



Cuba kita bayangkan… apakah perasaan kita pada waktu itu?

Marah? Bengang? Tak puas hati? Atau biasa-biasa sahaja?

Adakah kita cukup sensitif? Adakah kita cukup berperikemanusiaan? Adakah kita cukup beriman?


P.S. Maaf kerana lama tidak mengupdate. Doakan kami istiqamah.

Salam Aidilfitri

Monday 29 September 2008



Ramadan Bulan Kemenangan

Thursday 25 September 2008

Ramadan sudah hampir ke penghujung. Biasanya semangat Ramadan mula turun dan muncul semangat baru iaitu semangat Syawal. Tidak salah tetapi biar seimbang dan jangan dilupakan Ramadan yang belum habis lagi. Memang penat berpuasa, tetapi bukanlah alasan untuk bermalas-malasan kerana pada bulan inilah tercatatnya dalam sejarah beberapa kemenangan Islam berlaku dan bukti bahawa perlunya gigih dalam bulan Ramadan sehingga ke saat terakhir.

Silalah nikmati kemenangan-kemenangan tersebut…

P.S. Rasanya masa tentera Islam tengah berperang dulu ada tak asyik terfikir pasal langsir baru, kuih raya dll…


Perang Badar & Serangan Ke Atas Quraish (17 Ramadan 2H/Mac 624M)


Peperangan tidak diduga berlaku apabila Rasulullah dan para sahabat berniat untuk menyerang kafilah perniagaan Quraisy di bawah kelolaan Abu Sufyan, khabar kemaraan mereka sampai ke pengetahuan Abu Sufyan dan dia menghantar utusan ke Mekah. Maka Quraisy bersiap sedia keluar untuk berperang dan seramai 313 orang tentera Muslim bertempur dengan 1000 orang kafir Quraisy berhampiran dengan telaga air Badar. Peperangan selesai dengan kemenangan pihak Muslimin di mana 14 orang syahid, 70 orang musyrikin terbunuh dan 70 lagi ditawan.


Pembukaan Kota Mekah(Fathul Makkah) (20 Ramadan 8H/Januari 630M)


Tercetus selepas peristiwa Quraisy membantu Bani Bakar menyerang pihak Khuza'ah yang telah mengikat janji setia kepada kaum Muslimin. Sebanyak 10,000 orang tentera Muslimin mara untuk menyerang kota Mekah. Abu Sufyan seorang pembesar yang sering menentang Rsulullah telah memeluk Islam dalam peristiwa ini. Tentera Muslimin memasuki kota Mekah dengan aman dan berhala-berhala di sekeliling Kaabah dimusnahkan. Peristiwa ini merupakan suatu kemenangan besar dalam Islam.


Peperangan Al-Buwaib & Serangan ke atas Parsi (11 Ramadan 13H/November 834M)

Al-Buwaib ialah cabang Sungai Furat di mana berlakunya peperangan antara tentera Islam dengan tentera Parsi. Tentera Islam ketika itu dipimpin oleh Al-Muthanna di bawah pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab menentang tentera Parsi yang dipimpin oleh Mahran. Tentera Islam menang dan merintis ke arah kemenangan di Al-Qadisiyyah.


Pembukaan Al-Andalus & Kemasukan Islam Ke Eropah (28 Ramadan 91H/Julai 710M)



Pada zaman pemerintahan Khalifah Umayyah, Al-Walid I tentera di bawah pimpinan Tariq Ziyad. Peristiwa yang menarik ialah peristiwa Tariq membakar kapal-kapal yang membawa tentera Islam untuk mengelakkan mereka berundur dan ucapannya yang menaikkan semangat tentera Islam untuk terus mara ke hadapan berjihad. Kemenangan ini merupakan detik bermulanya Islam tersebar di Eropah dan terbinanya sebuah tamadun Islam yang gemilang iaitu Al-Andalus.


Pembukaan Amuriyyah & Serangan Ke Atas Rom (6 Ramadan 223H/Ogos 838M)


Pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Mu'tasim, seorang muslimah terungkap auratnya dan diusik oleh pemuda-pemuda Rom. Hal ini sampai ke perkhabaran khalifah dan baginda memberi amaran kepada kerajaan Rom bahawa baginda akan menghantar tentera yang kepalanya di Amuriyyah dan ekornya di Baghdad demi membela maruah muslimah tersebut. Tentera Islam menang dan seramai 30,000 tentera Rom terbunuh manakala 30,000 lagi ditawan.


Peperangan Ain Jalut & Serangan Ke Atas Tartar (25 Ramadan 658H/3 September 1260M)


Selepas peristiwa berdarah kejatuhan Baghdad pada 656H/1258M, tentera Tartar/Mongol terus mara ke Palestin dan seterusnya Mesir. Kemaraan tentera Tartar ini berjaya dihalang dan maruah Islam telah dikembalikan semula oleh tentera Islam dari kerajaan Mamluk yang memerintah di Mesir. Tentera Mamluk yang dipimpin oleh Al-Malik Az-Zahir Rukn Al-Din Baybars telah bertembung dengan tentera Tartar yang dipimpin oleh Hulagu Khan di Ain Jalut, Palestin. Sebelum itu, Hulagu Khan telah menghantar surat yang memerintahkan agar kerajaan Mamluk menyerah kalah. Namun begitu, kerajaan Mamluk di bawah pemerintahan Sultan Saifuddin Al-Qutuz enggan menyerah dan bersama-sama Baybars menentang Tartar dan tentera Islam telang menang dalam peperangan ini.


Pembebasan Sinai & Serangan Ke Atas Israel (10 Ramadan 1393H/6 Oktober 1973M)



Selepas kekalahan Mesir dalam perang dengan Israel pada 1967 dan semenanjung Sinai dirampas oleh Israel, Anwar Sadat yang menggantikan Jamal Abdel Nasser dengan terang-terangan menyatakan pada 1972 bahawa Mesir komited untuk menyerang Israel dan telah bersedia untuk mengorbankan sejuta tentera Mesir. Dalam temuramah dengan Newsweek pada 1973 sekali lagi Sadat mengancam Israel. Israel berasa terancam dan bersedia pada peringkat maksimum serta yakin jika serangan berlaku mereka akan dapat menangkisnya. Perancangan dilakukan secara sulit dan Israel diserang secara mengejut oleh tentera Mesir. Peperangan itu berakhir dengan kejayaan Mesir merampas kembali semenanjung Sinai. Ada sumber Barat menyatakan kemenangan ialah di pihak Israel kerana kondisi militari Israel yang lebih baik daripada Mesir dan sekutunya(Syria & Iraq). Selain itu, peperangan itu juga dipanggil Perang Yom Kippur, Perang Ramadan atau Perang Oktober.