headerblog

Cukuplah Kelalaian

Thursday 17 July 2008

"Kenapa tidak kita..?" Satu persoalan, seribu jawapan. Yang mahu kejayaan, dijawab dengan seribu daya, tetapi tidak bagi mereka yang tak pernah memikirkan bahawa mereka mampu untuk mengatasinya, maka seribu alasanlah diberinya. Kenapa mereka berubah? Bagaimana mereka mampu berubah? "Ohh..Tu semua Hidayah Allah..", tak kurang juga yang memberi alasan "Mereka tu dari kecil lagi dijaga, sebab tu la sampai besar mereka masih mengekalkan kebaikan yang dipupuk dari kecil". "Apalah yang ada pada aku ni, dosa punya la bertimbun, amal pun boleh dibilang dengan jari je..Allah terima ke kalau aku berubah?". Yang lebih dahsyat lagi, "Rilek la, kita kan masih muda lagi...tua-tua nanti, bawak la bertaubat..kasi enjoy dulu~.." Mana satu jawapan kita? Mentaliti muda, metarialistik menguasai, hawa nafsu mendominasi.


Kalau berbicara tentang dalil dalam Al-Quran dan As-Sunnah, mudah, tapi setakat mana keyakinan kita pada Allah dengan janji-janjiNya. Kita percaya kebenaranNya, tetapi inilah masalah kita, sangat-sangat mengharap rahmat keampunanNya, tetapi, sudah ditahap manakah amal yang kita persembahkan kepadaNya?. Ketahuilah bahawa kepatuhan dan istiqamah pada syariat Allah semata-mata, adalah satu-satunya jalan untuk berpegang teguh dengan Deen ini..

Kenapa tidak seperti mereka?. Mereka berlumba-lumba pergi ke masjid mendapatkan solat pada saf pertama, tetapi kita berkejaran ke padang supaya tidak terlepas walau sedikit aksi hebat pemainnya. Mereka, bergegas ke majlis ilmu, di kala kita berjalan tanpa tujuan di pasar-pasar. Di sepertiga malam terakhir, mereka bersengkang mata menghadapNya di kala kita berterusan siang malam bergelumang dengan maksiat kepadaNya. Mereka menjauhi dosa-dosa kecil, tetapi sebaliknya kita, berterusan dengan dosa yang dianggap remeh, bahkan berbangga dengan dosa besar yang dilakukan. Siapakah mereka..?malaikat..? dan siapa pula kita? syaitan..?



Fikir-fikirkanlah, yang mana kita lebih dekat antara kedua makhluk ciptaanNya. Kita sendiri yang berhak memilih. Ikutlah kata nafsu untuk menjejak langkah-langkah syaitan, atau, turutilah kata iman untuk menyusuri jalan yang telah ditunjukkan oleh pesuruhNya.


||IzaM||

0 comments: