headerblog

Zikraa Al-Isra' Wal Mi'raj

Saturday 26 July 2008


Berkata Abdullah Bin Umar:

((Baitul Maqdis telah dibina oleh Nabi-Nabi, dan telah dimakmurkan oleh Nabi-Nabi, tiada sejengkal daripada kawasan tersebut melainkan di sana para malaikat pernah sujud atau berdiri padanya))

Baitul Maqdis merupakan tanah suci miliik umat Islam. Allah telah merakamkan keberkatan kawasan tersebut dalam Al-Quran ketika Rasulullah telah diperjalankan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem, Palestin dalam Surah Al-Isra’ ayat 1. Dan, dari sanalah Nabi s.a.w diangkat ke langit.

Apakah kepentingan peristiwa ini? Dan apakah iktibar yang dapat diambil darinya?

  1. Perpindahan pemerintahan manusia

Bani Israel telah memerintah selama lebih daripada 1000 tahun, tetapi dengan kekuasaan yang diberi oleh Allah, mereka semakin lama semakin melampaui batas serta menyeleweng dari agama Islam dan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Bahkan, mereka telah membunuh Nabi-Nabi yang diutuskan kepada mereka. Maka, umat Nabi Muhammad s.a.w sahajalah yang layak untuk mengambil alih tampuk pemerintahan dari mereka kerana umat ini akan memenuhkan muka bumi dengan keadilan.

  1. Palestin markaz pertarungan

Apabila bertukar tampuk pemerintahan, daripada kejahatan kepada kebaikan, maka semestinya akan sentiasa berlaku pertarungan antara yang haq dari segolongan umat Islam dan yang batil dari Bani Israel.


  1. Kekuatan mutlak serta pemerintahan yang berkuasa

Kaum kafir menyangka bahawa mereka mempunyai segala kelengkapan dan kekuatan. Tetapi, kita sebagai orang Islam seharusnya langsung tidak tergugat dengan dakwaan mereka. Ingatlah ketika malam Mi’raj, di mana Allah telah memperlihatkan kekuasaanNya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Dan umat ini, jikalau mereka berhukum dengan syariat sepertimana terdapat dalam manhajNya, sudah tentulah Allah sentiasa berada di sisi mereka, selama mana mereka berpegang teguh dengannya.


0 comments: