headerblog

Trivia Syaaban

Thursday 14 August 2008

  • Peristiwa pertukaran kiblat
Berlaku pada tahun ke-2 hijrah.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: Apabila Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah, Baginda bersolat di dalam keadaan menghadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 atau 17 bulan. Nabi s.a.w. bersolat menghadap Kaabah buat kali pertamanya adalah pada solat Asar bersama para sahabat. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam Masjid Qiblatain.



  • Peperangan Bani Mustalaq(Peperangan Al-Muraisi’)
Berlaku pada tahun ke-5 hijrah
Rasulullah dan tentera Islam keluar setelah mendapat tahu bahawa Bani Mustalaq telah berkumpul di bawah pimpinan Al-Harith Bin Dirar. Mereka bersemuka di telaga Al-Muraisi’ dan kemenangan berada di pihak Islam.
Peristiwa Khabar Al-Ifk(Berita Fitnah Aisyah R.A) berlaku sejurus daripada kepulangan daripada perang ini.


  • Peristiwa serangan Bani Bakar
Berlaku pada tahun ke-8 hijrah
Quraisy telah membantu Bani Bakar untuk menyerang pihak Khuzaah.
Peristiwa ini merintis ke arah peristiwa Pembukaan Kota Mekah(bulan Ramadan).


Rujukan: Ibnu Hesham’s The Prophet’s Biography Terbitan Dar Al-Kotob Al-Ilmiyah Beirut Fiqh Sirah Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti Terbitan Dewan Putaka Fajar Suara An-Nur Edisi Julai 072 Terbitan Rakan Masjid Universiti Teknologi Petronas Laman Web http://en.wikipedia.org/

0 comments: