Bismillah dan salam. Kali ini kita akan membicarakan tentang konsep akhlak mulia. Menurut penceramah terkenal Amru Kholid, bab akhlak adalah bab yang amat luas. Banyak buku-buku karangan beliau yang berkaitan dengan akhlak yang menarik seperti yang terdapat di pasaran sekarang. Ini adalah selari dengan konsep akhlak itu sendiri yang meliputi seluruh kehidupan seorang muslim dari bangkit dari tidur sehinggalah kita tidur kembali. Rukun akhlak mulia : (kitab Al-Ihya) 1. Kemantapan ilmu. Melalui ilmu, kita dapat mengetahui antara yang benar dan salah. Ia adalah hikmah (kebijaksanaan). Melampau dalam penggunaan ilmu untuk tujuan jahat adalah keji. Manakala dangkal dalam ilmu adalah dungu. Pertengahan antara melampau dan dangkal adalah hikmah. Ilmu juga menjadikan seseorang dapat melihat yang baik adalah baik, dan yang buruk adalah buruk. Kekuatan marah yang mampu dikendalikan akal ketika ia muncul dan sempurna. Jika kekuatan marah yang terkeluar dari landasan pertengahan (keadilan) dan berlebihan dinamakan membuta tuli. Jika kemarahan menjangkau kelemahan dan kekurangan dinamakan pengecut dan bacul. Kemarahan dapat membantu seseorang mementingkan nila-nilai akhlak, bermaruah, mampu menahan kemarahan dan berlemah lembut. Yang dimaksudkan adalah kemampuan mendidik kekuatan nafsu melalui didikan logic dan syarak. Jika nafsu cenderung kepada berlebihan akan menjadi buruk, namun sekiranya cenderung kepada pengurangan, ia akan menjadi jumud dan lemah. Kesucian membantu kita dalam menjauhi perkara yang keji. Ia turut menanamkan sifat malu yang menjadi punca semua kebaikan. Dimaksudkan disini adalah kekuatan jiwa yang mampu menguasai diri ketika marah dan bernafsu serta membawa kedua-duanya kepada tuntutan hikmah.Tiada aspek berlebihan dalam sifat adil. Ia membawa seseorang itu berakhlak tenang dan sederhana. Semoga kita dapat memanfaatkan pengetahuan kita dalam bab akhlak yang kita kongsi pada kali ini. Syukran, wassalam.
Akhlak mulia bukanlah sekadar pengetahuan terhadap perbuatan-perbuatan yang manis. Ilmu pengetahuan banyak membincangkannya namun tidak ada kemampuan untuk melakukannya.
Akhlak mulia juga bukan sekadar kemampuan untuk melakukan perbuatan yang manis, kerana kadang-kadang kemampuan itu ada, namun perbuatan itu tidak dilakukan.Malah, akhlak mulia bukanlah sekadar perlakuan baik, boleh jadi seseorang itu pemurah namun tidak mampu bersedekah lantaran tidak berharta. Boleh jadi akhlaknya bakhil tetapi dia bersedekah dengan niat menunjuk-nunjuk, riak dan terpaksa.
Seorang ilmuan Islam pernah ditanya, adakah beliau membaca buku “Akhlak Jiwa” karangan Aristotle. Beliau pun menjawab bahawa beliau membaca “Akhlak Jiwa” karangan Muhammad Bin Abdullah. Ini kerana ramai ahli falsafah yang berpenat lelah cuba berkhayal dan mengada-adakan beberapa bentuk gambaran. Ada yang sempurna dan ada yang kurang. Namun hakikatnya, kita lebih jelas dan sempurna dalam kisah hidup seorang lelaki. Ia menjadi adab umat dan syiar agama yang agung. Di kalangan para sahabat, Rasulullah menjadi contoh agung dalam sudut akhlak. Itulah akhlak Islamiah yang telah ditunjukkan oleh baginda untuk menjadi ikutan kita semua. InsyaAllah..
Akhlak menurut bahasa :
Menurut bahasa Arab bermaksud tabiat dan pembawaan. Boleh juga ditakrifkan sebagai himpunan konsep dan sifat yang mantap dalam jiwa.
Akhlak menurut istilah Islam :
Himpunan prinsip dan nilai yang mengatur perlakuan manusia yang digariskan oleh wahyu dan diletakkan disiplin-disiplin demi menjayakan matlamat kewujudan manusia di muka bumi. (kitab Fiqh ad-Dakwah Ila Allah)
Menurut Imam Ghazali dalam ungkapan indahnya akhlak :
Situasi yang mantap dalam jiwa. Melaluinya, perbuatan dan tindakan terbit dengan mudah dan senang tanpa perlu berfikir dan merenung.(Ihya Ulumuddin)
Situasi mantap diumpamakan seperti begini :
Seseorang yang menunaikan nazar atau dalam keperluan mendesak. Iaitu perbuatan yang bukannya lahir dari akhlak pemurah. Kerana perbuatan itu masih tidak mantap dalam jiwanya.
Beliau juga mensyaratkan perbuatan yang lahir itu lahir dengan mudah dan tanpa perlu berfikir. Sebagai contoh, jika seseorang itu bersedekah dengan sukar dan berfikir dahulu, dia tidak dikatakan sebagai akhlak pemurah.
2. Keberanian.
3. Kesucian.
4. Adil.
Konsep Akhlak Mulia
Tuesday, 21 April 2009
Posted by SabakBernam at 11:07 0 comments
Labels: PenawarHati
100 Idea/Cadangan Baru Untuk Menolong Gaza
Sunday, 25 January 2009
Posted by Assubhu-Bada at 03:57 0 comments
Labels: PenawarHati
Kenapa kita perlu patuh pada perintah Allah?
Monday, 19 January 2009
"…Untuk inilah Islam datang melalui Nabi Muhammad s.a.w. seperti ia datang melalui para melalui para Rasul sebelum baginda.
Ia datang untuk membawa umat manusia patuh kepada kekuasaan dan pemerintahan Allah sepertimana seluruh alam ini berjalan mengikut landasan peraturan Allah.
OLEH SEBAB MANUSIA ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA ALAM INI MAKA MANUSIA JUGA PUN MESTI PATUH KEPADA PERATURAN ILAHI…"
-Syed Qutb dalam Petunjuk Sepanjang Jalan(Maalim Fit Tariq)-
Posted by Assubhu-Bada at 03:14 0 comments
Labels: Da3wah Gambar, PenawarHati
Adakah kita sensitif?
Sunday, 9 November 2008
Apakah reaksi kita apabila ada seseorang masuk ke bilik anda.. dia menolak semua buku yang berada di rak buku kita… dia menarik cadar dan menyimbah cat ke atas tilam kita..
Cuba kita bayangkan… apakah perasaan kita pada waktu itu?
Marah? Bengang? Tak puas hati? Atau biasa-biasa sahaja?
Cuba kita bayangkan jika kawan serumah kita pada waktu itu diperlakukan begitu…
Cuba kita bayangkan… apakah perasaan kita pada waktu itu?
Marah? Bengang? Tak puas hati? Atau biasa-biasa sahaja?
Andai mereka ini, yang ditembak, yang disembelih, yang diacukan kepalanya senapang, yang dipijak dll ialah adik kita, kakak atau abang kita, ibu atau ayah kita.. apakah perasaan anda?
Cuba kita bayangkan… apakah perasaan kita pada waktu itu?
Marah? Bengang? Tak puas hati? Atau biasa-biasa sahaja?
Adakah kita cukup sensitif? Adakah kita cukup berperikemanusiaan? Adakah kita cukup beriman?
P.S. Maaf kerana lama tidak mengupdate. Doakan kami istiqamah.
Posted by Assubhu-Bada at 08:17 1 comments
Labels: Da3wah Gambar, PenawarHati
Anda telah bersedia? Bagaimana untuk bersedia?
Saturday, 23 August 2008
Artikel ini amat menarik untuk dikongsi. Diambil daripada sebuah blog

Tazkirah: Persediaan Ramadan
الَلهمَ بلَغنا رمضان
"Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."
Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.
Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa 'Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan' (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?
Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.
| Persediaan | Cara |
| Iman | 1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat). 2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan. 3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17). 4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya). 5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). 6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu). |
| Ilmu | 1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa. 2. Membaca buku-buku penyucian jiwa. 3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan. 4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan. |
| Dakwah | 1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan. 2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar. 3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan. 4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah. 5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan. |
| Keluarga | 1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu. 2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama. |
| Keazaman | 1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik. 2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa. 3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf. 4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat. 5. Sentiasa berlapang dada. 6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa. |
| Jihad | 1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’. 2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur). 3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci. 4. Menahan syahwat dari perkara yang haram. 5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas. |
Sumber: http://ismamesir.wordpress.com/2008/08/17/tazkirah-persediaan-menghadapi-ramadhan/#more-292
Posted by Assubhu-Bada at 11:31 0 comments
Labels: PenawarHati
WHY NOT?
Monday, 18 August 2008
Berdoalah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar doa, (ya3ni) dengan penuh pengharapan dan keikhlasan. Yakinlah dengan janji-janji Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT Maha Adil dan tak sekali-kali menganiayai hamba-hambaNya.
Pernah suatu ketika di zaman Rasulullah SAW, Allah SWT telah menunjukkan kepada kita betapa Dia akan menunaikan permintaan serta doa kita sekalipun mungkin mengambil masa.
Pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang sujud bersembahyang di hadapan Kaabah, orang-orang kafir Quraisy mengejek-ejek dan mempersenda Rasulullah SAW.
Dalam pada itu, datang seorang menyembelih unta di Kaabah. Penyembelihan tersebut telah menarik perhatian pembesar Quraisy dan memberi idea kepada mereka untuk menghina Rasulullah SAW.
Maka, mereka saling cabar-mencabar antara mereka, siapa yang berani untuk meletakkan perut-perut unta yang berdarah dan bernajis di atas kepala Rasulullah SAW yang sedang sujud menghadap Allah SWT.
Katika itu, bangunlah seorang lelaki, jiran Nabi Muhammad SAW, Uqbah Ibn Mu’it menawarkan diri.
“Aku yang akan buat,” kata Uqbah.
Tanpa ada rasa malu dan langsung tiada perasaan, Uqbah mengambil perut-perut unta tersebut dan meletakkannya di atas kepala Rasulullah SAW seperti mana yang dicabar.
Uqbah dan pembesar-pembesar Quraisy seterusnya ketawa terbahak-bahak sehingga bergoyang-goyang badan mereka kerana geli hati dan suka melihat apa yang dilakukan Uqbah.
Rasulullah SAW terus sujud dan langsung tidak bergerak mahupun berganjak sehinggalah anak baginda, Fatimah, lalu di situ.
Fatimah, yang tak tahan melihat keadaan ayahnya yang tercinta, terus mengalirkan air mata, menangis, dan cepat-cepat membuangkan kotoran tersebut dari kepala baginda.
Apabila Rasulullah SAW bangun dari sujudnya, baginda memerhatikan wajah setiap perbesar Quraisy yang menghina baginda. Baginda seterusnya, berdoa dengan menyebut setiap nama mereka yang ada di situ.
Mengikut cerita perawi hadis ini, setiap mereka yang disebut namanya oleh Rasulullah SAW dalam doa baginda tersebut, semua telah mati di dalam perang Badar.
Lihatlah betapa Allah SWT akan tetap menerima dan menunaikan doa hamba-hambaNya walaupun tidak secara terus atau mengambil masa yang lama.
Rasulullah SAW pernah berpesan,
‘Akan dikabulkan doa seseorang daripada kamu selagi dia tidak gopoh dengan tuhan’.
Ketika ditanya berkaitan gopoh, baginda bersabda,
‘(iaitu) Orang yang berkata – Aku sudah berdoa dan berdoa, tetapi tidak dimakbulkan lagi oleh Allah SWT!’
"BerDOAlah, bagai diri ini kan mati esok hari,
Bekerjalah, bagai diri ini kan hidup selamanya..."
[gambar-gambar adalah sekadar hiasan]
-pedangbiru-
Posted by pedangbiru at 01:15 0 comments
Labels: PenawarHati, SejarahKita












