headerblog

Bagaimana Menyambut Ramadhan mengikut Sunnah?

Saturday 30 August 2008


  • Menahan amarah lebih-lebih lagi apabila ada orang cuba memulakan pergaduhan dengan kita. Rasulullah s.a.w mengajar jika ada orang menyakiti kita, maka katakanlah : “Sesungguhnya aku sedang berpuasa, sesungguhnya aku sedang berpuasa [Sahih Al-Bukhari]

  • Menahan lidah dari mengumpat dan mengadu domba (gossip) bukan sahaja haram dalam bulan Ramadhan bahkan di bulan-bulan yang lain. Sabda Nabi s.a.w “Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri daripada makan dan minum akan tetapi menahan diri dari perkataan sia-sia dan kotor’ [Riwayat Al-Hakim]

  • Menjaga solat fardhu berjemaah

  • Solat Terawih berjemaah bagi lelaki dan perempuan. Sabda Nabi s.a.w :”...sesungguhnya barangsiapa yang bersolat (terawih) bersama imam sehingga selesai, maka Allah akan menulis baginya (ganjaran seumpamanya) bersolat sepanjang malam” [Riwayat An-Nasa’i]

  • Bersahur. Adalah menjadi sunnah melewatkannya sehingga masuk waktu subuh. Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada keberkatan” [Sahih Al-Bukhari]

  • Beri’tikaf di 10 malam terakhir. Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa iktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan, dan pada tahun terakhir sebelum wafatnya, Beliau beriktikaf selama 20 hari terakhir bulan Ramadhan [Sahih Al-Bukhari]

Janganlah leka dengan persiapan menyambut hari raya terutama di akhir-akhir bulan. Ini bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w yang menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan.


Dipetik daripada http://the-authenthic.blogspot.com


Artikel menarik yang lain
Pelik Tapi Benar Di Dalam Puasa

Sunnah-Sunnah Ketika Berbuka Puasa




























[klik untuk paparan lebih jelas]

Menuju Ramadhan

Monday 25 August 2008

Ramadhan semakin menghampiri kita. Tiba detiknya kita berusaha untuk berubah. Jangan tunggu sehingga tibanya 1 Ramadhan untuk membuat perubahan. Mulakan dari sekarang supaya kelak kita senang dan tak kekok untuk terus melangkah melalui Ramadhan yang mulia ke arah menuju Syurga dan Redha Allah SWT.

[klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas]

-pedangbiru-

Anda telah bersedia? Bagaimana untuk bersedia?

Saturday 23 August 2008


Artikel ini amat menarik untuk dikongsi. Diambil daripada sebuah blog

Tazkirah: Persediaan Ramadan


الَلهمَ بلَغنا رمضان


"Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."


Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.



Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa 'Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan' (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).



Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?


Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.


Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.



Persediaan

Cara

Iman

1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).

2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.

3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).

4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).

5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).

6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).

Ilmu

1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.

2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.

3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.

4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.

Dakwah

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.

2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.

3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.

4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.

5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.

Keluarga

1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.

2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.

Keazaman

1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.

2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.

3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.

4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.

5. Sentiasa berlapang dada.

6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

Jihad

1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.

2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).

3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.

4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.

5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.


Sumber: http://ismamesir.wordpress.com/2008/08/17/tazkirah-persediaan-menghadapi-ramadhan/#more-292

HARI MEMPERINGATI AL-QUDS 21HB OGOS

Thursday 21 August 2008




21hb Ogos 1969

  • Peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa oleh seorang pelancong Australia bernama Michael Dennis Rohan
  • Dia ditahan tetapi dibebaskan atas alasan dia ialah seorang yang tidak waras selepas suatu pengadilan olok-olok diadakan ke atasnya
  • Pertubuhan Persidangan Islam(OIC) ditubuhkan atas kesinambungan peristiwa ini.

Moga-moga hari ini menjadi titik-tolak bagi diri kita untuk sentiasa mengambil berat tentang Masjidil Aqsa dan isu Palestin.



Intentions

Tuesday 19 August 2008

Imam Syafi'e dan Ahmad telah menyatakan bahawa hadis ini merangkumi padanya 1/3 daripada ilmu. Sebabnya, seseorang itu mendapat ilmu menggunakan 3 perkara iaitu dengan hatinya, dengan lidahnya, dan dengan anggota badannya. Jadi, secara tidak langsung, niat dengan hati adalah satu aspek daripada aspek-aspek memperoleh ilmu.


ingatlah, amal kita di dunia hanya diterima oleh Allah dengan niat yang ikhlas. Tukarkan adat yang kita lakukan seharian kepada ibadat, hanya dengan niat yang ikhlas dan mengikut sunnah yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. Contohnya, setiap hari kita mandi. Jikalau sekadar untuk membersihkan badan, maka hanya kebersihan badan sahajalah yang kita peroleh. Bagaimana kalau kita ubah sedikit rutin harian mandi kita. Caranya mudah sahaja, niatkan ianya sebagai satu ibadah. Hasilnya, dengan niat kita itu maka kita memperoleh pahala, ditambah pula dengan pahala yang kita dapat kerana melaksanakan niat baik tersebut, di samping dapat membersihkan badan.


Niat jugalah yang membezakan antara Ibadah Fardhu dan Ibadah Sunat, seperti solat subuh atau solat sunat 2 rakaat. Kerana itulah, niat adalah perkara yang penting dalam kehidupan seorang muslim. Amal tanpa niat seumpama debu yang berterbangan sepertimana diibaratkan roh tanpa jasad, kerana, tidak berguna jasad yang gagah dan tegap jika tiada roh. Dan roh jua tidak berguna di dunia ini jika tidak ada jasad.


Kita sebagai manusia yang serba kekurangan, seringkali terlupa, terpesong dari niat kita, bahkan terlupa untuk meniatkan amalan kita hanya kerana Allah. Maka, Allah telah memperingatkan kita supaya memperbaharui niat di setiap fardhu yang ditetapkannya: Solat 5 waktu. hayatilah bacaan Doa Iftitah yang kita baca. Supaya ianya mengingatkan kita supaya sentiasa memperbaharui niat, ikhlas hanya kerana Allah.

WHY NOT?

Monday 18 August 2008

DOA - JANGAN GOPOH


Berdoalah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar doa, (ya3ni) dengan penuh pengharapan dan keikhlasan. Yakinlah dengan janji-janji Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT Maha Adil dan tak sekali-kali menganiayai hamba-hambaNya.

Pernah suatu ketika di zaman Rasulullah SAW, Allah SWT telah menunjukkan kepada kita betapa Dia akan menunaikan permintaan serta doa kita sekalipun mungkin mengambil masa.

Pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang sujud bersembahyang di hadapan Kaabah, orang-orang kafir Quraisy mengejek-ejek dan mempersenda Rasulullah SAW.

Dalam pada itu, datang seorang menyembelih unta di Kaabah. Penyembelihan tersebut telah menarik perhatian pembesar Quraisy dan memberi idea kepada mereka untuk menghina Rasulullah SAW.

Maka, mereka saling cabar-mencabar antara mereka, siapa yang berani untuk meletakkan perut-perut unta yang berdarah dan bernajis di atas kepala Rasulullah SAW yang sedang sujud menghadap Allah SWT.

Katika itu, bangunlah seorang lelaki, jiran Nabi Muhammad SAW, Uqbah Ibn Mu’it menawarkan diri.

“Aku yang akan buat,” kata Uqbah.

Tanpa ada rasa malu dan langsung tiada perasaan, Uqbah mengambil perut-perut unta tersebut dan meletakkannya di atas kepala Rasulullah SAW seperti mana yang dicabar.

Uqbah dan pembesar-pembesar Quraisy seterusnya ketawa terbahak-bahak sehingga bergoyang-goyang badan mereka kerana geli hati dan suka melihat apa yang dilakukan Uqbah.

Rasulullah SAW terus sujud dan langsung tidak bergerak mahupun berganjak sehinggalah anak baginda, Fatimah, lalu di situ.

Fatimah, yang tak tahan melihat keadaan ayahnya yang tercinta, terus mengalirkan air mata, menangis, dan cepat-cepat membuangkan kotoran tersebut dari kepala baginda.

Apabila Rasulullah SAW bangun dari sujudnya, baginda memerhatikan wajah setiap perbesar Quraisy yang menghina baginda. Baginda seterusnya, berdoa dengan menyebut setiap nama mereka yang ada di situ.

Mengikut cerita perawi hadis ini, setiap mereka yang disebut namanya oleh Rasulullah SAW dalam doa baginda tersebut, semua telah mati di dalam perang Badar.

Lihatlah betapa Allah SWT akan tetap menerima dan menunaikan doa hamba-hambaNya walaupun tidak secara terus atau mengambil masa yang lama.

Rasulullah SAW pernah berpesan,

‘Akan dikabulkan doa seseorang daripada kamu selagi dia tidak gopoh dengan tuhan’.


Ketika ditanya berkaitan gopoh, baginda bersabda,

‘(iaitu) Orang yang berkata – Aku sudah berdoa dan berdoa, tetapi tidak dimakbulkan lagi oleh Allah SWT!’


"BerDOAlah, bagai diri ini kan mati esok hari,

Bekerjalah, bagai diri ini kan hidup selamanya..."

persediaan -Zulfan-

[gambar-gambar adalah sekadar hiasan]

-pedangbiru-

merdeka vs Ramadhan

Thursday 14 August 2008

Trivia Syaaban

  • Peristiwa pertukaran kiblat
Berlaku pada tahun ke-2 hijrah.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: Apabila Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah, Baginda bersolat di dalam keadaan menghadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 atau 17 bulan. Nabi s.a.w. bersolat menghadap Kaabah buat kali pertamanya adalah pada solat Asar bersama para sahabat. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam Masjid Qiblatain.



  • Peperangan Bani Mustalaq(Peperangan Al-Muraisi’)
Berlaku pada tahun ke-5 hijrah
Rasulullah dan tentera Islam keluar setelah mendapat tahu bahawa Bani Mustalaq telah berkumpul di bawah pimpinan Al-Harith Bin Dirar. Mereka bersemuka di telaga Al-Muraisi’ dan kemenangan berada di pihak Islam.
Peristiwa Khabar Al-Ifk(Berita Fitnah Aisyah R.A) berlaku sejurus daripada kepulangan daripada perang ini.


  • Peristiwa serangan Bani Bakar
Berlaku pada tahun ke-8 hijrah
Quraisy telah membantu Bani Bakar untuk menyerang pihak Khuzaah.
Peristiwa ini merintis ke arah peristiwa Pembukaan Kota Mekah(bulan Ramadan).


Rujukan: Ibnu Hesham’s The Prophet’s Biography Terbitan Dar Al-Kotob Al-Ilmiyah Beirut Fiqh Sirah Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti Terbitan Dewan Putaka Fajar Suara An-Nur Edisi Julai 072 Terbitan Rakan Masjid Universiti Teknologi Petronas Laman Web http://en.wikipedia.org/

Pembaziran Umur

Tuesday 12 August 2008

Kebenaran Islam pikat Maryam Jameelah

Friday 8 August 2008



"ISLAM menjawab dan menjelaskan segala-galanya. Dalam Islam saya temui kebenaran, kebaikan dan kecantikan yang bukan sahaja membawa dan memandu seseorang itu tentang kehidupan di dunia malah kehidupan selepas kematian.


"Malah jika ada yang bertanyakan bagaimana saya mengetahuinya? Saya hanya mampu menjawab, pengalaman peribadi cukup menyakinkan saya.


Pegangan teguh saya kepada akidah Islam datang secara tenang tetapi penuh keyakinan.



"Pengislaman saya adalah begitu formaliti, langsung tidak melibatkan perubahan radikal dalaman." Begitulah jawapan Maryam Jameelah atau sebelum ini Margaret (Peggy) Marcus, seorang Yahudi Amerika yang memeluk Islam pada 1961 tentang impak agama Islam terhadap kehidupannya.


Menurut Maryam lagi, minatnya terhadap Islam bermula seawal usianya 10 tahun sewaktu mengikuti reformasi Yahudi Sunday School.



Pada waktu itu, beliau tertarik dengan sejarah hubungan di antara bangsa Yahudi dengan bangsa Arab. Menerusi buku teks Yahudi, dia difahamkan bahawa Nabi Ibrahim ialah ayahanda kepada semua bangsa Arab dan juga bangsa Yahudi.



Beliau terbaca beberapa abad kemudian semasa Zaman Pertengahan Eropah,


penindasan Kristian menyebabkan orang Yahudi teruk terseksa dan kehadiran mereka diterima umat Islam di Sepanyol.



Kebaikan hati yang ditunjukkan ini bakal merangsang budaya Ibrani (Hebrew) terus cemerlang tanpa langsung mengesyaki sifat semulajadi Zionis.



"Saya terlalu naif dan percaya bahawa bangsa Yahudi akan kembali ke Palestin untuk memperteguhkan hubungan persaudaraan dengan saudara sesama Arab.



"Tarikan kuat dengan pembelajaran sejarah bangsa Yahudi membuatkan saya tidak gembira di Sunday School," katanya.



"Kakak saya sangat benci ke Sunday School sehingga setiap pagi ibu terpaksa bangunkannya dari katil dan dia tidak akan berganjak selepas dibebel dengan kata-kata pedas dan air mata. Akhirnya ibu, terima hakikat penolakan kakak.



Sementara itu, pada sambutan perayaan keagamaan Yahudi, kami (kakak dan saya) bukannya ke Synagogue atau melaksanakan puasa pada Tum Kipper tetapi kami dibawa keluar dari sekolah untuk pergi berkelah dan berpesta di restoran terbaik.



Apabila kami berjaya membuktikan kepada ibu bapa betapa teruknya keadaan kami di Sunday School, mereka menyertai pula sebuah organisasi agnostik dan kemanusiaan yang dikenali Ethical Cultural Movement," cerita Maryam yang menghadiri kelas baru itu sehingga tamat pengajian iaitu pada usia 15 tahun.



Katanya lagi, apabila semakin dewasa dan matang, beliau tidak boleh menerima dan memperoleh kepuasan menerusi fahaman ateis.



Lalu Maryam mula mencari pembaharuan kepada identiti diri. Dalam tempoh itu, beliau pernah menyertai kumpulan bahai di New York yang dikenali The caravan of East and West diketuai lelaki Parsi bernama Mirza Ahmed Sohrab.



Beliau tertarik dengan Bahai kerana ia berasaskan Islam dan ceramahnya tentang Tuhan Yang Satu. Pun begitu, apabila beliau mengetahui kegagalannya untuk mengaplikasikan idea tersebut, Maryam meninggalkannya setelah setahun penyertaan.



Pada usia 18 tahun, Maryam menyertai pergerakan pemuda Zionis yang dikenali sebagai Mizrachi Hatzair tetapi apabila mengetahui kebenaran di sebalik Zionis, sekali lagi dia dikecewakan.



Semasa usianya mencecah 20 tahun, Maryam belajar di Universiti New York dan salah satu subjek elektif yang diambilnya ialah Judaism in Islam.



Malangnya profesor yang juga Ketua Jabatan Pengajian Hebrew, Rabbi Abraham Issac Katsh memesongkan para pelajarnya dengan mengatakan Islam berasal daripada agama Yahudi.




Tambah memburukkan, profesornya menyalahgunakan al-Quran demi membuktikan kepada pelajarnya bahawa agama Yahudi adalah agama teragung. Apabila semua tembelang yang dibawa oleh agama Yahudi terbongkar, Maryam tidak sanggup lagi mengakui dan menerima agama Yahudi.



Semenjak itu, beliau mula membuat perbandingan agama Yahudi dengan agama Islam.



Dalam kajiannya terhadap Old Testament dan kitab Taurat serta perbandingan dengan al-Quran dan hadis. Apa yang Maryam temui, agama Yahudi telah rosak sedikit dan akhirnya beliau mengucap syahadah.



Sebenarnya, keinginan bergelar Muslim wujud sejak tahun 1954 namun keluarganya dapat menghalang menerusi perbincangan terbuka.



Beliau ditakutkan dengan mengatakan bahawa Islam akan menyukarkan kehidupannya kerana ia tidak seperti agama Yahudi dan Kristian.



"Saya diberitahu bahawa Islam akan merenggangkan hubungan kami sekeluarga dan menyisihkan saya daripada masyarakat.



Pada masa itu, keimanan saya tidak begitu teguh untuk menghadapi tekanan sehebat itu. Situasi ini menyebabkan saya jatuh sakit.



"Dua tahun (1957-1959) saya berehat di rumah dan mendapat rawatan tetapi keadaan saya semakin teruk.



"Melihat keadaan kemurungan itu, ibu bapa menghantar saya ke hospital awam. Saya bersumpah sekiranya saya sembuh dan dibenarkan keluar, saya akan memeluk Islam.



"Apabila saya dibenarkan pulang, saya menyiasat mana-mana peluang untuk bertemu dengan orang Islam di Bandar Raya New York. Saya banyak menghabiskan masa di Perpustakaan Awam New York membaca bahan-bahan berkaitan Islam," jelasnya yang banyak menghasilkan buku-buku berkaitan agama Islam selepas memeluk Islam.



Alhamdulillah, beliau berpeluang bertemu dengan beberapa lelaki dan perempuan Islam pada ketika itu.



Malah Maryam mula menulis rencana kepada majalah beraliran Islam dan berutus dengan ketua-ketua Islam seluruh dunia.



"Saya pernah berutus dengan Allahyarham Sheikh Abrahimi, ketua ulama di Algeria, Dr. Muhammad El-Bahay di Al-Azhar, Dr. Mahmud F. Hoballah dan Pengarah Pusat Islam di Washington D.C., Dr. Hameedullah di Paris, Dr. Said Ramadan, Pengarah Pusat Islam Geneva dan Maulana Sayyid Abul Ala Maudoodi," katanya lagi.



Menurut Maryam, sangkaan pertamanya bila membaca al-Quran, Islam adalah satu-satunya agama kebenaran, benar-benar jujur, ikhlas, tidak membenarkan kompromi murahan atau hipokrasi.



Maulana Maudoodi pernah menulis kepada Maryam dalam suratnya yang pertama pada Januari 1961 berbunyi: "Semasa saya menilai esei anda, saya dapat rasakan seperti saya membaca idea saya sendiri.



"Saya berharap perasaan anda tidak akan berubah sekiranya anda berpeluang mempelajari bahasa Urdu dan pelajari buku-buku saya.



"Walaupun kita tidak pernah berkenalan, namun kesepakatan pemikiran dan simpati yang wujud adalah hasil daripada sumber yang sama iaitu Islam," katanya.



Menjawab soalan tentang sikap dan reaksi ahli keluarga dan teman-teman selepas bergelar Muslim, kata Maryam, keluarga, saudara mara dan kawan-kawan menanggap beliau seorang yang fanatik kerana percakapan dan pemikirannya adalah tentang agama Allah sahaja.



Bagi mereka soal agama adalah sesuatu yang peribadi. Namun selepas membaca al-Quran, saya mengetahui bahawa Islam bukanlah sekadar hobi tetapi ia adalah soal kehidupan.



* Sumber: The Islamic Bulletin, San Francisco, California, Amerika Syarikat.


Artikel ini diambil dari www.Dakwah.info